Hari Valentine lebih dikenali sbg Hari Kekasih yang bercinta meraikan percintaan dan kasih sayang yang disambut setiap tahun pada 14 Februari.
ASAL USUL?
Versi popular berkaitan sejarah Hari Valentine ialah, perkataan Valentine sempena nama paderi besar Kristian zaman pemerintahan Ratu Isabella di Sepanyol iaitu Saint Valentine. Dia sangat disayangi kerana berjaya menumpaskan kerajaan Islam di Cordova, Sepanyol pada 14 Februari 270 Masihi. Kejayaan itu begitu bermakna kepada Ratu Isabella dan disambut setiap tahun pada 14 Februari oleh rakyat Cordova dengan menamakannya Hari Valentine.
PANDANGAN ISLAM ISU SAMBUTAN
Panel Kajian Akidah ( PKA ) dan Panel Kajian Syariah ( PKS ) dan juga Jabatan Kemajuan Islam Malaysia ( JAKIM ) memutuskan " Amalan menyambut Hari Valentine adalah haram dan bertentangan dengan ajaran Islam " . Jawatan kuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia kali ke-71 yang bersidang pada 22 hingga 24 November memutuskan " Bahawa amalan merayakan Hari Valentine tidak pernah dianjurkan oleh Islam. Roh perayaan terbabit mempunyai unsur Kristian dan amalannya bercampur dengan perbuatan maksiat adalah bercanggah serta dilarang dalam Islam " .
KONSEP KASIH SAYANG ISLAM
Kasih sayang adalah satu anugerah dan ia dituntut dalam Islam. Manusia sanggup melakukan apa saja untuk orang disayangi hingga terjadi kes bunuh diri yang diharamkan dalam Islam. Konsep sebenar kasih sayang dalam Islam untuk pasangan kekasih adalah menyayangi berdasarkan panduan Allah SWT.
CIRI PASANGAN SESUAI BERCINTA
Ia dibahagikan kepada empat iaitu:
niatnya berkahwin adalah untuk menjaga akhlak dan agama sentiasa.
mempunyai kekuatan dan ketahanan diri untuk tidak terbabit dengan perkara yang diharamkan agama dengan tindakan menjerumus ke arah zina.
istiqamah menjaga solat lima waktu, berpuasa pada bulan Ramadhan dan berusaha menjadi Muslim yang
sebenar.
sentiasa menjaga batasan aurat.
Motif aku tulis benda nie panjang berjela just sebagai extra information la kepada insan yang masih berada di takuk lama... Dah tau Valentine nie haram, masih lagi nak sambut.. Memang kuat giler influence Ratu Isabella nie... Aku berharap insan yang masih atau yang baru dan berjinak jinak dengan dunia Valentine nie, semoga diberikan hidayah dan petunjuk supaya jauhkan lah diri daripada Valentine nie. Even korang wish to non-muslim, memang berdosa.. If ade org yang wish Valentine ke... Just zip your mouth and give she or her smile.. haha...





0 ulasan:
Catat Ulasan