Hampir 2 minggu aq tak update blog sebab busy study utk preparation mid year exam bulan Mei nie... aishh.. kecut perut aq di buatnya... Subjek lain aq tak risau sgt.. aq risau subjek Prinsip Akaun and mathematic nie.. Cikgu math asyik busy je.. Itulah parahnya bila dpt cikgu yang berjawatan penting kt sekolah... Even result aq agak cemerlang, parents aq selalu ckp, jgn berada dlm zon selesa utk masa sekarang, kena usaha lg utk improve subjek yang ade B and C.. Subjek A parents aq suruh tingkatkan jd A+.. Insyaallah.. I'll ty my best.. Itulah janjiku... Matlamatku adalah utk merampas semula takhta 5 Proaktif yang di mana kelas 5 Produktif selama 2 tahun berturut - turut mendapat keputusan cemerlang..
Parents aq selalu berpesan, kalau nak jadi pelajar cemerlang, buat kerja jangan merungut.. Turutkan saje arahan cikgu tu dgn hati yang ikhlas.. insyaallah, pasti hasilnya amat membanggakan.... Tapi pelajar kini, sebaliknya, bila cikgu bagi homework je, mesti ade yang mengeluh and merungut.. kadang2 sampai post kt fb tu sbb geram yang memuncak kt cikgu tu.... ish2.. ade ke patut.. ahah... kadang2 aq pun ade wat cam tu jagk.. hehe... sebab tu lah mak aq ckp mcm tu td ..... hehe... Don't do that... tak baik tau.. nanti belajat tak berkat,,,
Jumaat, 15 April 2011
Lama tak update blogger nie....
Jumaat, 8 April 2011
ASAL HARI VALENTINE RAI PADERI TUMBANG KERAJAAN ISLAM
Hari Valentine lebih dikenali sbg Hari Kekasih yang bercinta meraikan percintaan dan kasih sayang yang disambut setiap tahun pada 14 Februari.
ASAL USUL?
Versi popular berkaitan sejarah Hari Valentine ialah, perkataan Valentine sempena nama paderi besar Kristian zaman pemerintahan Ratu Isabella di Sepanyol iaitu Saint Valentine. Dia sangat disayangi kerana berjaya menumpaskan kerajaan Islam di Cordova, Sepanyol pada 14 Februari 270 Masihi. Kejayaan itu begitu bermakna kepada Ratu Isabella dan disambut setiap tahun pada 14 Februari oleh rakyat Cordova dengan menamakannya Hari Valentine.
PANDANGAN ISLAM ISU SAMBUTAN
Panel Kajian Akidah ( PKA ) dan Panel Kajian Syariah ( PKS ) dan juga Jabatan Kemajuan Islam Malaysia ( JAKIM ) memutuskan " Amalan menyambut Hari Valentine adalah haram dan bertentangan dengan ajaran Islam " . Jawatan kuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia kali ke-71 yang bersidang pada 22 hingga 24 November memutuskan " Bahawa amalan merayakan Hari Valentine tidak pernah dianjurkan oleh Islam. Roh perayaan terbabit mempunyai unsur Kristian dan amalannya bercampur dengan perbuatan maksiat adalah bercanggah serta dilarang dalam Islam " .
KONSEP KASIH SAYANG ISLAM
Kasih sayang adalah satu anugerah dan ia dituntut dalam Islam. Manusia sanggup melakukan apa saja untuk orang disayangi hingga terjadi kes bunuh diri yang diharamkan dalam Islam. Konsep sebenar kasih sayang dalam Islam untuk pasangan kekasih adalah menyayangi berdasarkan panduan Allah SWT.
CIRI PASANGAN SESUAI BERCINTA
Ia dibahagikan kepada empat iaitu:
niatnya berkahwin adalah untuk menjaga akhlak dan agama sentiasa.
mempunyai kekuatan dan ketahanan diri untuk tidak terbabit dengan perkara yang diharamkan agama dengan tindakan menjerumus ke arah zina.
istiqamah menjaga solat lima waktu, berpuasa pada bulan Ramadhan dan berusaha menjadi Muslim yang
sebenar.
sentiasa menjaga batasan aurat.
Motif aku tulis benda nie panjang berjela just sebagai extra information la kepada insan yang masih berada di takuk lama... Dah tau Valentine nie haram, masih lagi nak sambut.. Memang kuat giler influence Ratu Isabella nie... Aku berharap insan yang masih atau yang baru dan berjinak jinak dengan dunia Valentine nie, semoga diberikan hidayah dan petunjuk supaya jauhkan lah diri daripada Valentine nie. Even korang wish to non-muslim, memang berdosa.. If ade org yang wish Valentine ke... Just zip your mouth and give she or her smile.. haha...
Rabu, 6 April 2011
The spirit of 2011 changed everything about me
Sekolah Perimbun Terbakar??
Kriiiiinngggg kriiiinnnnnnnnnggggg!!! loceng itu berbunyi selama 3 minit tanpa henti... Mengapa loceng sekolah berdering begitu lama?? Hatiku bertambah hairan... Masa tu tgh khusyuk belajar, ada je gangguan... Tiba-tiba ada pekikan suara drpd student lelaki form 6 yang menjerit dgn meniru gaya " USOP WILCHA "... Ke tepi.. Ke tepi.... terbakor terbakor... haha... Memang huru hara la time tu.. haha... Cikgu mengarahkan budak2 kelas aq supaya tutup buku then turun ke Muhibah Square.. Muhibah Square tu tmpat pelajar2 berhimpun la... Rupa rupanya ada demonstrasi kebakaran je.. Aq mane la ambik port bab2 nie... hehe.. But since yesterday, aq kena iktibar la.. mane la tau, if SMKP tina2 je terbakar. sape yg nak tolong... haha... Mula2 dgr ucapan cikgu.. Lepas tu, tgk Cikgu Remy angkat pelajar yang konon kononnya terperangkap dlm kebakaran... Tiba-tiba terdengar pula siren bomba yang di bunyikan oleh pasukan bomba la.. Wow! memang excited giler time tu... nak tgk demonstrasi yang akan dilakukan.. Ramai la jugak pelaja2 yg try how to extinguish api tu la.. memang best la... tp aq je yg tak nak try.. hehe...
Ahad, 3 April 2011
Bangun lambat disebalik peristiwa yang tersirat...
zzzzzzzzzzzzzz....... krooohh.. kroohh... krooohh.....
sedar2 jam dh pukul 6.30 pagi.. Dalam hati aku berkata, " argh, tidor balik arh.. lagipun trak dh nak jalan".. hehe
belum sempat aku nak sambung tidor, tibe2 mak aku ketuk pintu bilik aku dan dia pun berkata " Along, bangun, dh pukul 6.30 pagi nie".. Aku pun bangun la... Aku saje je wat lambat.. Dalam bilik air, aku termenung, nak pergi sekolah ke tak.. Tibe2 mak aku cakap dari luar " along, mandilah la cepat. Dah pukul 6.45 tu.. Awak wat ape dlm bilik air tu lame2..." haha.... padahal saje je nak cari alasan tak nak pergi sekolah... haha... Sesudah je lepas mandi, ayah aku baru bangun tidur nak solat subuh.. Ayah aku mcm bagi chance je kat aku tak yah pegi skolah.. hehe.. Yelah, cuba bayangkan, jam mase dh pukul 7.00 pagi. nak panas enjin kereta lagi, nanti smpai kt sekolah dh la jem.. tak pasal2 aku kena tahan dgn cikgu disiplin plak sebab dtg lewat ke sekolah.. Nak selamat, ayah aku ckp tak yah la pegi sekolah.. hehe.. Selamat mase tu hari jumaat.. haha...
Jumaat, 1 April 2011
Pencapaian Ujian Bulanan Yang Agak Cemerlang....
Alhamdulillah.... Hanya lafaz syukur itu lah yang mampu ku ucapkan sbg tanda kesyukuran ku di atas pencapaian ujian bulanan 1 yang boleh di katakan cemerlang.... Bukan niat ku untuk bangga diri atau ria', tapi sekadar utk berkongsi gembira ku ini... Kalau seseorang tu tak dpt menerima apa yg ku tulis nie, just leave out from my blog... Erm,, nak bg tau atau pun tak erk... bg tau jelah ye..
RESULT UJIAN BULANAN 1 BULAN MAC 2011 / 5 PROAKTIF
NAMA CALON: NURUL ASHIQIN BT MOHD NASRON.
KELAS : 5 PROAKTIF
SEKOLAH; SMK PERIMBUN
SUBJEK DAPAT B
SUBJEK DAPAT C
GEOGRAFI
KEJAYAAN TIDAK AKAN DATANG BERGOLEK SEKIRANYA KITA TIDAK BERUSAHA...
ILMU TIDAK AKAN TURUN SEPERTI AIR HUJAN YANG MEMBASAHI BUMI...
KEJAYAAN YANG KITA PEROLEH HARUSLAH DI MANFAATKAN SEPENUHNYA...
JANGANLAH KITA JADI INSAN YANG BODOH SOMBONG...




